I wrote this when i was extremely bored and productive. First time doing such thing, its not good but at least i tried lol. Aku malu dengan malaysia Walau jejak ke angkasa raya Walau digemari antarabangsa Walau indah rupa buminya Namun rakyat hidup sengsara Hak asasi dibiar asal ada Airnya kotor, ada yang tiada Cantik tanahnya, buruk tata kelolanya Makanan tempatan tinggi harga Dieksport luar murah pula Kadangku makan tidak sempurna Terusku berjalan, mencari akhirnya Harap sampai sebelum bersara Rumah tinggalku, impian sahaja Cita-cita ku abai, elak kecewa Ukur bajuku di dunia nyata Usah ditunggu bulan jatuh ke riba Dalam maluku, masihku usaha Aku malu dengan malaysia Kuropsi mendalam kerana harta Jenayah berleluasa Tak sampai ke berita Digadai bangsa asal kaya Pentingnya ringgit dari keluarga Ketua hampir semuanya alpa Hidup mewah dalam astana Suara rakyat tak dengar, betapa kedap biliknya Ditegur baran, maruahnya tiada Malas ku soal, malang menimpa Nikmat ditarik, hilang kerjaya...
I just share some of my notes here.