Skip to main content

Posts

Showing posts with the label soft-skill

Komunikasi Berkesan

Sebagai leader, jangan sesekali assume orang lain faham komunikasi kita. Kita boleh cakap pasal performance , tapi tak semua orang tahu context perbualan. Orang lain mungkin assume perbualan performance tu pasal kereta instead of application .  Bahaya salah komunikasi dengan teammates, boleh rosak project. Aku dah senarai ciri-ciri komunikasi yang berkesan di bawah: Jelasan Pastikan objektif tercapai. Gunakan konsep MRT (Measurable, Realistic, Timebound). Lengkap Gunakan formula 5W1H (Why, When, Where, Who, What, How). Contoh: "Tolong buat report tentang umur pengguna sistem A dari tarikh B ke C, dalam bentuk excel, submit by Isnin pukul 4. Data ni nak guna untuk marketing ke pengguna." Ringkas Jangan terlalu panjang; elakkan ayat berbunga. Straight to the point. Kukuh & Konkrit Berdasarkan bukti atau data yang spesifik (bukan general). Contoh Teruk: "Ramai kata sistem slow." Contoh Baik: "17 user dari Semenanjung dah komen yang sistem slow pada puku...