Sebagai leader, jangan sesekali assume orang lain faham komunikasi kita. Kita boleh cakap pasal performance, tapi tak semua orang tahu context perbualan. Orang lain mungkin assume perbualan performance tu pasal kereta instead of application.
Bahaya salah komunikasi dengan teammates, boleh rosak project. Aku dah senarai ciri-ciri komunikasi yang berkesan di bawah:
Jelasan
Pastikan objektif tercapai.
Gunakan konsep MRT (Measurable, Realistic, Timebound).
Lengkap
Gunakan formula 5W1H (Why, When, Where, Who, What, How).
Contoh: "Tolong buat report tentang umur pengguna sistem A dari tarikh B ke C, dalam bentuk excel, submit by Isnin pukul 4. Data ni nak guna untuk marketing ke pengguna."
Ringkas
Jangan terlalu panjang; elakkan ayat berbunga.
Straight to the point.
Kukuh & Konkrit
Berdasarkan bukti atau data yang spesifik (bukan general).
Contoh Teruk: "Ramai kata sistem slow."
Contoh Baik: "17 user dari Semenanjung dah komen yang sistem slow pada pukul 8-9 pagi."
Sopan
Sentiasa sopan dalam kebanyakan situasi.
Jika perlu mencabar zon selesa (push comfort zone), kurangkan sedikit kesopanan tetapi jangan biadap.
Sesuaikan ikut senario.
Consistent
Jika tukar fikiran atau arahan, mesti ada justifikasi.
Boleh berubah mengikut keperluan senario, bukan sekadar mahu menang.
Feedback
Buka ruang untuk persoalan atau maklum balas.
Mestilah quick to respond.
Komunikasi adalah dua hala; jika satu pihak sahaja, itu adalah pengumuman.
Tindakan
Mesti ada tindakan susulan selepas berkomunikasi.
Sama ada terus laksanakan hasil perbincangan atau tunda ke mesyuarat seterusnya.
Setkan tindakan yang jelas.
Comments
Post a Comment